Tawaran akan tamat pada 15 Oktober 2019, jam 11.59 malam

Hari
Jam
Minit
Saat

"Dulu, elok-elok kau dah buat nama sendiri dengan 27 buku, kau berhenti, pergi mengajar penulis baharu! Aku pun tak tahu kenapa kau nak tolong penulis baru sampai peluang masa menulis buku sendiri kau korbankan."


"Bantu saya mencapai misi ini untuk menjadikan penulis baharu 'nampak mahal' di Malaysia."

Hi! Saya Zamri Mohamad, pengendali bengkel penulisan di Malaysia. 

Satu-satunya trainer penulisan buku umum (ya satu-satunya) yang aktif menambah baik bahan daripada dapatan langsung komuniti penulis luar negara melalui festival penulis antarabangsa.

Setiap satu dijadikan bahan untuk membangunkan penulis baru.

Saya membuka crowdfunding untuk misi ini

Saya memerlukan anda untuk usaha kali ini.

Ketika menunggu kelas penulis seterusnya dalam acara di luar negara. 

"Kejarkan ilmu yang baharu agar potensi berjaya dapat digandakan lagi," kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.



Kenapa kami perlukan crowdfunding?

Crowdfunding adalah sumbangan kewangan yang anda berikan bertujuan menyokong kerja-kerja kami menambah bahan-bahan panduan untuk penulis baharu.

Kami tidak percaya kepada konsep kitar semula bahan lama bagi membantu anda sebagai penulis

Kejayaan lama kami tidak berguna. 

Aneh jika kami mendorong penulis baharu belajar, tetapi trainer-nya sendiri tidak konsisten belajar.

Maka, trainer sendiri mesti konsisten belajar.

Apa yang diperlukan oleh penulis baharu adalah maklumat yang dapat melonjakkan mereka sepuluh tapak lebih jauh dan buku ada potensi dilesenkan.



Adakah kerja-kerja sebelum ini berjaya?

Tahun lalu, 100 orang crowdfunder yang datang dari Facebook menyumbang.

Maka kerja-kerja menulis tip dan panduan setebal 90 halaman berjaya disebarkan sepanjang 11 hari festival penulis.

Alhamdulillah.

Kami perlukan anda untuk mengulangnya sekali lagi pada tahun ini dengan senarai topik terbaharu.

Lihat tawaran terbaharu kami di bawah

Sebelum ini kami membuat kajian-kajian di festival luar negara dan dimasukkan dalam modul dan sebaran penulisan secara percuma dalam emel dan Facebook. Ia dimanfaatkan lebih 40,000 orang rakyat Malaysia.

Ada kesankah? 

Ya!

Lebih 200 penulis dalam 200 judul berbeza dapat diterbitkan. 

Ada penerbit membangunkan siri yang dicadangkan oleh kami. 

Para penulis baharu mendapat tempias masuk ke rumah penerbit menumpang melalui siri itu.

    Ia menjadi laluan ekspress.

    Idea baru yang kami dapatkan dari luar diaplikasi .Menjadikan penulis baharu dilihat mahal dan premium pada mata penerbit.

    Malah, pada tahun ini sejumlah penulis baharu mendapat peluang karya mereka dipamerkan di Indonesia International Book Fair dan Frankfurt Book Fair.

    Malah kerja-kerja kami di festival penulis di luar negara dijadikan cara untuk membina hubungan dan memujuk mereka datang ke Malaysia dalam acara-acara yang diusahakan bersama para penulis lain, seperti Konvensyen Penulisan.

      Kerana itu kami mahu teruskan lagi dengan bantu anda.

      Kami tak mahu berhenti dan mahu memberi lebih. 

      Anda dapat membantu melalui crowfunding ini.

      Kerana itu, kami mahu teruskan lagi aktiviti mendapatkan bahan di luar negara dan dijadikan blueprint tindakan kepada penulis yang baru bermula.

        Sebahagian daripada 200 (lebih) buku yang dihasilkan oleh alumni.

        Kenapa buka crowdfunding sekarang?



        Sebelum ini, kami dibantu oleh agensi perbukuan yang mendanai kerja-kerja di luar negara.

        Kami pulang dan diberi tanggungjawab mengajar dan menulis panduan terbaharu dengan menulis semula dalam media sosial.

        Kos ke festival penulis luar negara memakan jumlah antara RM5,000 ke RM10,000. 

          Dengan nilai ringgit Malaysia yang turun,  ia menaikkan lagi kos pembelajaran ini.

          Kos melibatkan tiket festival, hotel bajet (ya, hotel bajet), makan-minum asas, pengangkutan, insuran dan mendapatkan bahan fizikal serta persediaan luar jangka.

          Ditambah lagi pembekuan sementara sumber dari agensi perbukuan disebabkan penstrukturan semula di bawah kerajaan baharu.

          Kami pergi secara solo dan tidak membawa keluarga.

            Ya tidak membawa keluarga.

            Ini kerja, bukan percutian!

            Kami mahu anda membantu kami mengisi writing lab dengan bahan terbaharu untuk tahun hadapan.

            "Untuk anakanda, dia menganggap ayahnya pergi berjalan jauh dan meninggalkan dia buat sementara. Kepada saya, kerja-kerja ini membantu penulis baharu bahan kerja yang akan membuat penulis kita nampak mahal dan premium seperti penulis luar. Apabila bahan itu digunakan oleh penulis baharu, buku ditulis berkualiti dan ini kemenangan kita untuk menghasilkan buku untuk anak-anak kita."

            "Kami tak mahu wang diberi percuma!"

            Setiap aktiviti perbukuan di luar negara didokumentasikan dalam Writing Lab kami agar dapat digunakan berkali-kali untuk penulis baharu agar lebih premium dan profesional.


            Penulisan panjang dikongsikan kepada khalayak bagi dapatan penting di festival penulis luar negara bagi membantu penulis baharu.


            Kami buka untuk 100 orang sahaja

            Kali ini kami ke Singapura bagi menghadiri Singapore Writers Festival. 

            Kami memfokuskan sembilan hari pertama di festival penulis bagi mendapatkan bahan-bahan terbaharu. 

            Manakala tiga hari terakhir sudah pun mendapat biaya.

            Matlamat kami, mengumpul minima RM5,000 dalam 11 hari ini.


            Kami tidak mahu wang anda secara percuma, maka kami berikan empat tawaran ini. 

            Pilih satu.



            Sumbangan Pertama

            Anda akan mendapat kesemua set video panduan Menulis Kisah Hidup Yang Sedap Dibaca; Cari-Tulis-Terbit 

            Bahan ini disediakan berdasarkan hasil kejayaan kursus yang melatih berdasarkan menguasai sistem berbanding bakat.

            Ia mengandungi

            • Menyusun peta kisah hidup agar mudah dibaca
            • Membina soalan-soalan kisah hidup yang membantu memanjangkan cerita.
            • Menguasai jenis-jenis kisah hidup dalam pasaran.
            • Cara mudah menulis ayat pertama sehingga mencapai 25,000 ayat dalam buku umum pertama.
            • Kaedah Peta Watak dan Peta Peristiwa yang membawa kepada 30 bab pertama.
            • Mencetuskan idea dan dijadikan aset buku melalui timeline tulis sampai siap.
            • Cara 'Godam' iaitu panduan ekspress menulis buku kisah hidup melalui buku-buku sedia ada dalam pasaran.
            • Rancangan tunai untuk cetak sendiri pada kos rendah.
            • Mengetahui apa yang dimahukan dan dicari-cari penerbit dalam kisah hidup sehingga mereka mahu terbitkan segera.
            • Belajar juga cara menulis proposal buku dimahukan penerbit, jika tidak mahu terbit sendiri.

            Sempena kempen crowdfunding, hanya RM80 sahaja sebelum 1 November 2019. Harga selepas kempen crowdfunding RM190.00 kerana ia menjadi jualan biasa.

            Link senarai video diberikan bermula 1 November 2019. Insya-Allah.

            Tawaran dibuka untuk 100 orang sahaja.

            Klik link di bawah;



            Tawaran akan berakhir pada 15 Oktober 2019 jam 11.59 malam

            Days
            Hours
            Minutes
            Seconds

            Sumbangan Kedua

            Anda akan mendapat kesemua set video panduan Menulis Kisah Hidup Yang Sedap Dibaca; Cari-Tulis-Terbit 


            Ditambah lagi

            Tiket untuk dua orang ke Konsert Kata, iaitu program ilmu praktikal bersama Zamri Mohamad, Aqif Azizan, Bukhari Ramli dan Izwan Wahab. Acara pada 16 November 2019.

            Tajuk-tajuk mereka pada hari konsert

            • Zamri Mohamad; Cara Menulis Menggunakan Formula Alam
            • Izwan Wahab; Model Bisnes Subscription
            • Aqif Azizan; Cerita Dalam Cerita: Mengurus Kempen Pemasaran yang Mencetuskan Jualan Lapan Angka
            • Bukhari Ramli: Cara Membangunkan Struktur dan Sistem Menguruskan Ilmu Pengetahuan Yang Semakin Membukit.

            Ditambah lagi

            Anda akan mendapat kesemua set video panduan membina 30 bab buku pertama melibatkan 15 video Asas step by step Kawakita Jiro Method + 4 video pertengahan Kawakita Jiro Method Amazon dan 4 video lanjutan Kawakita Jiro Method Quora.

            Ditambah lagi 
            32 Soalan Senarai Semak Kejayaan Menulis Buku Pertama.

            Ditambah lagi
             dengan 21 video panduan dirakamkan di Melbourne, Soal Jawab Tindakan Paling Kerap DItanya Menjadi Penulis Buku Pertama.

            Ditambah lagi 
            dengan 29 video panduan dirakam di Korea Selatan, Panduan Menjadi Penulis TerancangMenghasilkan Buku Berpengaruh dan Menarik Perhatian Penerbit.

            Termasuk 
            17 nota tindakan bermula dari menulis sehinggalah menerbitkan.

            Ditambah lagi tiga video persediaan 

            • Menulis Buku Pertama, iaitu Modul Diri, Pecah dan Selesai Agar Dapat Mengatasi Ketakutan Menulis
            • Modul Menggunakan Peta Hidup Sebagai Buku Pertama,
            • Modul Merancang Buku Menggunakan Modal Buku Orang Lain
            • Modul Cara Mendekati Kaedah Menulis yang Bersesuaian.

              79 video, 17 nota dan 23 soalan senarai semak berharga RM630 pada hari biasa.

            Sempena kempen crowdfunding, hanya RM190 sahaja sebelum 1 November 2019.

            Link masuk diberikan bermula 1 November 2019. Insya-Allah.

            Tawaran dibuka untuk 100 orang sahaja.

            Pilihan Ketiga

            Anda akan mendapat kesemua set video panduan Menulis Kisah Hidup Yang Sedap Dibaca; Cari-Tulis-Terbit 


            Ditambah lagi

            Tiket untuk dua orang ke Konsert Kata, iaitu program ilmu praktikal bersama Zamri Mohamad, Aqif Azizan, Bukhari Ramli dan Izwan Wahab. Acara pada 16 November 2019.

            Tajuk-tajuk mereka pada hari konsert

            • Zamri Mohamad; Cara Menulis Menggunakan Formula Alam
            • Izwan Wahab; Model Bisnes Subscription
            • Aqif Azizan; Cerita Dalam Cerita: Mengurus Kempen Pemasaran yang Mencetuskan Jualan Lapan Angka
            • Bukhari Ramli: Cara Membangunkan Struktur dan Sistem Menguruskan Ilmu Pengetahuan Yang Semakin Membukit.


            Anda akan mendapat kesemua set video panduan membina 30 bab buku pertama melibatkan 15 video Asas step by step Kawakita Jiro Method + 4 video  pertengahan Kawakita Jiro Method Amazon dan 4 video lanjutan Kawakita Jiro Method Quora.

            Ditambah lagi 
            32 Soalan Senarai Semak Kejayaan Menulis Buku Pertama.

            Ditambah lagi
             dengan 21  video panduan dirakamkan di Melbourne, Soal Jawab Paling Kerap DItanya Menjadi Penulis Buku Pertama.

            Ditambah lagi 
            dengan 29 video panduan dirakam di Korea Selatan, Panduan Menjadi Penulis TerancangMenghasilkan Buku Berpengaruh dan Menarik Perhatian Penerbit.

            Termasuk 
            17 nota tindakan bermula dari menulis sehinggalah menerbitkan.

            Ditambah lagi 
            tiga video persediaan Menulis Buku Pertama, iaitu Modul Diri, Pecah dan Selesai Agar Dapat Mengatasi Ketakutan Menulis, Modul Menggunakan Peta Hidup Sebagai Buku Pertama, Modul Merancang Buku Menggunakan Modal Buku Orang Lain dan Modul Cara Mendekati Kaedah Menulis yang Bersesuaian.

            Ditambah lagi
             tiga video persediaan Menulis Kisah Hidup iaitu Modul Menetapkan Hala Tuju Menulis Kisah Hidup, Modul Membina Rujukan Terbaik Menulis Kisah Hidup dan Membentuk 'Fokus Laser' Menulis Kisah Hidup.

            Ditambah lagi  hadiri Kelas Menulis Kisah Hidup Yang Sedap Dibaca pada hari Ahad 27 Oktober 2019

            79 video, 17 nota, 23 soalan senarai semak, satu kelas penulisan berharga RM2190 pada hari biasa.


            Sempena kempen crowdfunding, hanya RM390 sahaja sebelum 1 November 2019.

            Akses diberikan bermula 1 November 2019. Insya-Allah.

            Tawaran dibuka untuk 30 orang sahaja.

            Pilihan Keempat

            Saya sumbangkan dengan jumlah pilihan sendiri tanpa mahu apa-apa balasan. Saya sokong usaha ini dan gunakan wang itu untuk tujuan ke sana dan apa-apa yang selepas itu.

            "Terima kasih kepada para pendana yang membantu kerja-kerja kami melalui sumbangan anda."